Duit van anak, bayar terus dari telefon
Anda tidak perlu mendaftar sendiri. Pengusaha van anak anda akan menghantar pautan jemputan, dan dari situ semuanya mengambil masa kurang seminit.
Apa yang anda boleh buat
Bayar bil tunai atau dalam talian
Bil duit van anak muncul dalam akaun anda setiap bulan. Bayar tunai kepada pengusaha seperti biasa, atau dalam talian jika pengusaha aktifkan pilihan itu. Resit kekal dalam akaun anda.
Simpan setiap resit
Setiap bayaran menghasilkan resit PDF rasmi yang kekal dalam akaun anda. Berguna untuk rekod keluarga dan tuntutan.
Tahu bila van bertolak dan sampai
Bila pemandu tekan Start dan Arrived, status itu kekal dalam akaun anda. Tak perlu tertanya-tanya di pintu pagar.
Tanda anak tidak naik hari ini
Anak demam? Tekan satu butang dan pemandu tahu tanpa perlu dihubungi. Tersilap tekan? Ada butang Undo.
Data anak anda dilindungi
Hanya ibu bapa yang dipautkan kepada seseorang anak boleh melihat maklumatnya. Pemandu pula hanya nampak nama dan sekolah dalam senarai harian, tanpa nombor telefon anda dan tanpa sebarang maklumat bayaran.
Soalan lazim ibu bapa
Adakah Tambang percuma untuk ibu bapa?
Ya. Ibu bapa tidak membayar apa-apa untuk menggunakan Tambang. Anda hanya membayar tambang bulanan anak seperti biasa.
Boleh ke dua ibu bapa pantau anak yang sama?
Boleh. Kedua-dua ibu dan ayah boleh dipautkan kepada anak yang sama dan masing-masing nampak bil, resit dan perjalanan.
Anak saya naik van berlainan pengusaha. Perlu dua akaun?
Tidak. Satu akaun boleh dipautkan kepada anak di dua pengusaha berbeza, dan anda nampak semuanya sebelah-menyebelah.
Kalau saya bayar tunai, ada resit juga?
Ada. Bila pengusaha merekodkan bayaran tunai anda, resit PDF tetap dikeluarkan dan kekal dalam akaun anda.
Sedang mencari van untuk anak? Baca senarai semak memilih van sekolah.