Aplikasi van sekolah: kutipan dulu, atau GPS dulu?
Satu pesaing utama di Malaysia memasarkan penjejakan lokasi dan app penuh. Tambang dibina untuk pengusaha kecil yang nak selesai kerja kutip duit van — bil, resit dan tunggakan — tanpa memaksa pemandu pasang app.
Perbezaan yang penting
| Perkara | Tambang | Aplikasi berasaskan GPS |
|---|---|---|
| Fokus utama | Kutipan: bil, resit, tunggakan, Mark paid | Operasi penuh termasuk penjejakan lokasi |
| Pemandu | Satu pautan, tiada akaun atau app pemandu | Selalunya perlu app atau login pemandu |
| Cara mula | Tunai dan pindahan dulu; online bila anda sedia | Selalunya digalakkan bayaran dalam talian dari awal |
| Kejar tunggakan | Senarai siap + butang WhatsApp; anda tekan hantar | Bergantung pada modul akaun masing-masing |
| GPS / lokasi langsung | Tiada — sengaja; status Start dan Arrived sahaja | Selalunya ciri utama jualan |
| Kos mula | Percuma daftar dan rekod tunai; fi hanya atas bayaran online | Semak model langganan atau fi mereka |
Pilih Tambang jika…
- Masalah utama anda ialah siapa belum bayar, bukan peta lokasi.
- Pemandu anda tidak mahu (atau tidak mampu) jaga app tambahan.
- Anda mahu mula dengan tunai, tanpa kontrak atau yuran bulanan tetap.
Pertimbangkan GPS-stack jika…
- Ibu bapa menuntut lokasi langsung setiap minit sebagai syarat utama.
- Anda sedia urus onboarding app untuk setiap pemandu.
- Anda mahu satu suite operasi penuh, bukan alat kutipan yang ringan.
Lihat juga ciri Tambang dan harga.
Soalan sebelum anda pilih
Tambang sesuai jika saya masih kutip tunai?
Ya. Kebanyakan pengusaha mula dengan tunai dan pindahan. Mark paid merekod bayaran itu dan resit PDF tetap keluar. Bayaran online hanya bila anda aktifkan.
Kenapa Tambang tidak tawarkan GPS?
Penjejakan berterusan memakan bateri telefon pemandu dan menambah kerumitan. Kami pilih dua tekan — Start dan Arrived — supaya ibu bapa tahu status tanpa app GPS.
Boleh tukar dari aplikasi van sekolah lain?
Boleh. Daftar akaun Tambang, masukkan van dan pelajar, jemput ibu bapa semula. Tiada kontrak minimum. Data kutipan anda kekal dalam akaun Tambang.