Cara mula guna Tambang
Enam langkah dari daftar hingga kejar tunggakan. Ini setup produk โ bukan panduan buka bisnes van sekolah. Belum ada permit? Baca dulu cara mula bisnes van sekolah.
Daftar Percuma- 1
Daftar akaun pengusaha
Buka app.tambang.my/register. Isi nama, nama bisnes dan emel. Tiada kad kredit. Selepas daftar anda terus masuk ke papan pemuka.
- 2
Tambah van dan pelajar
Masukkan setiap van, kemudian pelajar dengan tambang bulanan masing-masing. Tugaskan pelajar kepada van supaya senarai pemandu dan bil selari.
- 3
Jemput ibu bapa
Hantar pautan jemputan dari sistem. Ibu bapa buka pautan, lengkapkan akaun, dan terus nampak bil anak. Mereka tidak daftar sendiri tanpa jemputan anda.
- 4
Biar sistem jana bil
Pada 1 haribulan, bil dijana untuk setiap pelajar aktif dengan tarikh akhir 7 haribulan. Anda nampak ringkasan di dashboard; ibu bapa nampak bil dalam akaun mereka.
- 5
Terima bayaran dan tekan Mark paid
Bila ibu bapa bayar tunai atau pindahan, tekan Mark paid. Resit PDF keluar automatik. Bila anda sedia, aktifkan bayaran online โ fi platform hanya pada transaksi dalam talian yang berjaya.
- 6
Kejar tunggakan melalui WhatsApp
Skrin bil tunjuk siapa belum bayar. Butang WhatsApp buka mesej siap tulis dengan nama anak dan jumlah. Anda semak, ubah jika perlu, dan tekan hantar sendiri.
Selepas setup
Kongsi pautan pemandu untuk senarai harian, dan biarkan ibu bapa tanda anak tidak naik bila perlu. Lihat semua ciri, harga, atau bandingkan dengan aplikasi lain.
Soalan setup
Berapa lama setup pertama?
Kebanyakan pengusaha dengan satu van selesai daftar, masukkan pelajar dan hantar jemputan dalam satu sesi petang. Van kedua dan seterusnya ikut corak yang sama.
Ini panduan bisnes van sekolah ke?
Tidak. Halaman ini ialah cara mula guna Tambang. Untuk permit, SSM dan langkah buka bisnes, gunakan pautan panduan bisnes di bawah.
Pemandu perlu daftar juga?
Tidak. Setiap van ada pautan 40 aksara. Pemandu buka pautan, tekan Start dan Arrived. Tiada app pemandu.
Belum berdaftar sebagai pengusaha? Cara mula bisnes van sekolah ยท Syarat dan cara mohon permit.