Terus ke kandungan

Duit van masuk sendiri, tak payah kejar.

Setiap bulan bil keluar sendiri. Terima duit van, tekan Mark paid, resit terus siap. Anda fokus pandu je.

Papan pemuka pengusaha dalam aplikasi Tambang menunjukkan kutipan bulan ini dan bil tertunggak

Hujung bulan, siapa dah bayar duit van?

Kebanyakan pengusaha van sekolah masih kutip tunai dan simpan rekod dalam buku atau kepala. Hasilnya sama setiap bulan:

Kena tanya satu-satu siapa belum bayar, bulan demi bulan.

Resit tulis tangan, kalau sempat tulis.

Duit van lewat sampai sebab anak lupa bawa.

Tiada rekod bila ibu bapa kata dah bayar.

Satu bil tercicir nampak kecil. Tapi kalau RM120 tercicir setiap bulan, setahun anda hilang lebih RM1,400 untuk kerja yang anda dah pun buat.

Tiga langkah, lepas tu sistem yang kerja

Daftar van dan pelajar

Masukkan van, pelajar dan tambang bulanan setiap seorang. Hantar pautan jemputan kepada ibu bapa terus dari sistem.

Sistem jana bil

Pada 1 haribulan setiap bulan, bil dijana untuk setiap pelajar aktif. Ibu bapa nampak bil dalam akaun mereka. Anda tak perlu tulis bil tangan.

Terima bayaran dan resit

Rekod tunai atau pindahan dengan satu butang Mark paid. Resit PDF keluar automatik untuk setiap bayaran.

Dibina untuk pengusaha kecil, bukan syarikat besar

Senarai siapa belum bayar, sentiasa terkini

Buka dashboard, terus nampak siapa belum jelaskan duit van bulan ini. Satu tekan buka WhatsApp dengan mesej peringatan yang dah siap ditulis. Anda yang tekan hantar, bukan robot.

Resit PDF automatik

Setiap bayaran, online atau tunai, dapat resit rasmi dengan nama bisnes anda.

Pautan pemandu, tanpa akaun

Pemandu buka satu pautan, nampak senarai hari ini, tekan Start dan Arrived. Status perjalanan kekal dalam akaun ibu bapa.

Rekod tunai dan pindahan tanpa kerja berganda

Butang Mark paid menandakan bil selesai serta-merta. Resit PDF keluar automatik, sama ada tunai, pindahan bank atau bayaran dalam talian bila anda aktifkan pilihan itu.

Lihat semua ciri sistem

Ibu bapa pun senang hati

Ibu bapa nampak bil anak, bayar tunai atau pindahan seperti biasa, dan simpan resit. Mereka juga nampak status van bila pemandu tekan Start dan Arrived, dan boleh tanda anak tidak naik pada hari tertentu.

Apa yang ibu bapa nampak

Soalan lazim

Adakah pemandu perlu memasang app?

Tidak. Setiap van dapat satu pautan peribadi. Pemandu buka pautan itu, nampak senarai pelajar hari ini, dan tekan Start bila bertolak. Tiada akaun, tiada kata laluan.

Boleh ke saya masih terima bayaran tunai?

Boleh. Rekod bayaran tunai atau pindahan bank dengan butang Mark paid, dan resit tetap dikeluarkan. Bayaran online hanyalah pilihan tambahan untuk ibu bapa.

Berapa kos untuk pengusaha?

Daftar dan rekod kutipan tunai percuma. Fi platform hanya dikenakan pada bayaran online yang berjaya. Tiada yuran bulanan tetap.

Macam mana ibu bapa mula guna?

Anda hantar pautan jemputan kepada ibu bapa dari sistem. Mereka terima jemputan, daftar sekali, dan terus nampak bil serta van anak mereka.

Nak faham selok-belok kutipan dulu? Baca panduan cara kutip tambang van sekolah.

Duit van bulan depan, biar sistem yang kutip

Daftar hari ini, masukkan van dan pelajar, dan bil pertama keluar sendiri pada 1 haribulan.

Daftar Percuma