Terus ke kandungan

Berapa kos guna Tambang?

Percuma untuk mendaftar dan merekod kutipan tunai. Fi platform hanya dikenakan pada bayaran online yang berjaya. Tiada yuran bulanan tetap.

Semua yang anda dapat, dari hari pertama

  • + Van, pelajar dan penugasan tanpa had
  • + Bil bulanan automatik
  • + Resit PDF untuk setiap bayaran
  • + Rekod bayaran tunai dan pindahan
  • + Peringatan tunggakan melalui WhatsApp
  • + Pautan pemandu dan status perjalanan ibu bapa
Daftar Percuma

Bayaran online, satu fi yang jelas

Apabila bayaran online diaktifkan untuk akaun anda, fi platform kecil ditolak daripada setiap transaksi dalam talian yang berjaya. Itu sahaja model perniagaan kami: Tambang hanya untung bila kutipan anda menjadi lebih mudah.

Kadar fi dimaklumkan dengan jelas sebelum bayaran online diaktifkan untuk akaun anda, jadi tiada kejutan. Ringkasnya: tiada kutipan, tiada fi.

Kutip sendiri vs guna Tambang

Kerja bulanan Kutip sendiri Dengan Tambang
Hantar bil kepada setiap keluarga Mesej satu-satu Automatik pada 1 haribulan
Tahu siapa belum bayar Semak buku atau ingatan Senarai tunggakan sentiasa terkini
Keluarkan resit Tulis tangan, jika sempat PDF automatik setiap bayaran
Terima bayaran Tunai melalui anak Tunai dan pindahan; online bila diaktifkan

Contoh: 20 pelajar, RM150 sebulan

Katakan anda ada 20 pelajar pada kadar RM150. Kutipan kasar sebulan ialah RM3,000. Jika semua bayar tunai atau pindahan dan anda tekan Mark paid, fi platform = RM0 — rekod dan resit tetap ada. Fi hanya dikenakan pada bahagian bayaran online yang berjaya, bila anda aktifkan pilihan itu, pada kadar yang dimaklumkan sebelum aktif.

  • Daftar dan bil automatik: percuma.
  • Resit PDF untuk tunai atau pindahan: percuma.
  • Bayaran online: fi kecil setiap transaksi berjaya — bukan yuran bulanan tetap.

Mahu lihat perbezaan dengan aplikasi berasaskan GPS? Bandingkan di sini. Baru nak setup akaun? Cara mula guna Tambang.

Soalan tentang harga

Ada kontrak atau tempoh minimum?

Tiada. Anda boleh berhenti guna bila-bila masa, dan rekod kutipan anda kekal dalam akaun anda.

Perlu kad kredit untuk daftar?

Tidak. Pendaftaran hanya perlukan nama, nama bisnes dan emel.

Bila fi platform dikenakan?

Hanya apabila ibu bapa membuat bayaran online yang berjaya. Kutipan tunai dan pindahan bank yang anda rekod sendiri tidak dikenakan sebarang fi.

Duit van bulan depan, biar sistem yang kutip

Daftar hari ini, masukkan van dan pelajar, dan bil pertama keluar sendiri pada 1 haribulan.

Daftar Percuma